Batch 99 SMKAP
assalamualaikum and hello evelibadi. ya Allah lamanya tak menulis. rindu sangat tapi takde masa dan malas dan juga takde cerita yang boleh diceritakan but now here i am dengan satu cerita yang nak disampaikan lol. macam yang semua orang tahu , semalam bersamaan hari isnin bertarikh 22 december 2014 , keputusan pt3 telah diumumkan. and macam yang korang tahu jugak , soalan susah , gred tak turun bahkan naik dan tak ramai yang berjaya dengan cemerlang. and nak diikutkan aku adalah salah satu yang tak berjaya dengan cemerlang tu em berjaya aku hanya ditahap baik HAHAHA okay tak lawak. alhamdulillah aku takde fail dan alhamdulillah aku adalah dapat A sikit walaupun tak semua A tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat ni em dah ini je yang aku usahakan , yang ni je aku mampu em pape pun alhamdulillah. sekarang ni nak fokus untuk spm , nak belajar bersungguh sungguh untuk spm pulak em nak berjaya dengan cemerlang dalam spm!
hm spm? form4? form 5? hm persoalannya sekarang , di mana aku akan meneruskan perjuangan aku untuk spm? di dewan sekolah mana akan aku duduk untuk mengambil spm? yeah , semestinya tidak di dewan an-nur iaitu dewan smkap. yang pastinya aku akan pergi dari sekolah tu dan berpindah ke sekolah lain tapi taktau sekolah mana je. tapi yang pasti aku akan pergi. yeah! memang nak dikatakan rugi aku nak pindah , nak blah tapi aku tak kena tendang sedangkan ramai yang nak stay tapi tak dapat atas sebab sebab tertentu tapi memang hati dah takde kat sana. boleh dikatakan tawar hati. macam macam dah jadi sampai takde semangat nak duduk sana dah.
dulu , memang ada niat nak pindah tapi macam ragu ragu sebab aku sayang batch 99 yang ada kat smkap tu, taknak kot lepaskan dorang. taknak berpisah!! tapi semua tu berubah masa segala masalah datang. hm sejak tu tawar hati dah nak duduk smkap. masatu dah terdetik dalam hati yang mungkin sampai form3 sahaja perjuangan kat smkap, takboleh nak sambung lagi.mungkin smkap bukan untuk aku. sedih? of course sebab kenyataannya hati aku masih bersama batch 99, tapi entahlah :/
kenangan dengan batch 99 banyak sangat, tak terkira. ingat lagi masa aku dengan kawan kawan aku gaduh dengan budak laki batch kat dewan makan masa berbuka puasa em awal tahun 2014 tak silap kan? masa tu jujur aku cakap kelakar sangat , hahaha tak matang masing masing, duk menjerit sesama sendiri dalam dewan makan sampailah lampu dewan makan tu tutup hahahahaha masa tu takde persefahaman sesama sendiri rasanya.
ingat jugak masa kena marah dengan warden sebab bising sangat hahahaha kena panggil depan bilik warden pastu kena rotan , kena baca surah hahahaha menggigil tau kena baca depan ustazah surah surah tu walaupun dah hafal tapi tetap gagap sebab ketakutan hahaha siapa taktakut dengan rotan ustazah em rindunyaaaa ://
kenangan paling indah? masa merancang bersama untuk menjayakan majlis annual dinner batch 99. yeah masa tu sangat sangat best. rindu nak buat perjumpaan dekat bilik media , bilik bbm , perpustakaan , balai imu , anjung alfalah dan paling rindu perjumpaan dekat musolla iaitu tempat pertama perjumpaan dan tempat terakhir kalau tak silap. sampai kena marah , kena fitnah buat maksiat tapi alhamdulillah hati sado masing masing em tahan je. time perjumpaan mesti ada je halangan lagi lagi perjumpaan kat musolla. hahahahaha semua muka bengang je sebab perjumpaan kena kacau. lepastu masuk bilik disiplin sama sama sebab hal ni em tapi lagi sekali , hati kita sado je hahaha lepastu kita rancang balik satu satu sampailah annual dinner tu akhirnya berjaya terjadi walaupun orang kata tak dapat berkat , majlis tak diredhai dan sebagainya tapi semua tu kenangan kan? tahun depan tak hadapi dah semua tu. kita buat annual dinner tu semua dengan hasl usaha sendiri , tak harap bantuan sesiapa. kumpul sampah nak dijual semata mata nak kumpul duit , lepastu boleh pulak dompet yang ada duit kita tu jatuh dalam toilet hahahahahahhahahahaha ni takboleh lupa em lepastu jual cupcake dekat orang , sanggup tu semata mata demi annual dinner , semata mata nak kumpulkan budak batch bersama walaupun tak semua dapat datang malam tu . malam annual dinner tu sangat sangat indah. macam malam kita kan? hanya kita je ada dekat situ , hanya kita yang tahu betapa penatnya nak rancang majlis kita tu, betapa peritnya nak jayakan majlis tu , betapa banyaknya dugaan dan tentangan dari orang sekeliling mula dari hari first kita cadang nak buat annual dinner tu sampai lah seminggu after dinner tu habis dijalankan. wow! lama kan kita tempuh dugaan tu hm berkat persatuan hati , rasa sekejap je. walaupun orang kata tak berkat HAHAHA
gtg guys. kalau ada rezeki aku sambung ye?