PT3
assalamualaikum dan selamat pagi dan happy eid adha to all of you. ya Allah tak sedar dah masuk bulan oktober. hm banyak sangat main + gurau + senda dan segalanya sampai tak sedar dah masuk bulan oktober dan PT3 dah nak dekat dah pun! dah tinggal seminggu je lagi! seminggu! ya Allah banyak lagi benda tak paham , banyak lagi benda tak belajar , banyak lagi benda tak hafal so macam mana nak masuk dewan peperiksaan ni? macam mana nak jawab semua soalan kat paper tu nanti lagi lagi soalan KBAT . omg im dying. ada masa seminggu je lagi nak buat persediaan tapi cik fazliana kita yang seorang ni masih ada masa nak main main , nak tidur , nak hadap phone . Ya Allah sedarlah diri , PT3 nak dekat. there is no more time to do those things! you have to study cik fazliana! kata nak pindah , tapi kalau tak dapat keputusan bagus macam mana nak pindah?! Ya Allah , risau tahu risau! segala benda yang buat rasa macam tak jadi. kenapa macam ni fazliana? kenapa?!
okay dah puas dah meroyan pasal PT3. hm so makin nak dekat PT3 , makin banyak masalah terjadi. dugaan mungkin.
- masalah persahabatan (okay) (no comment about this) (let it be a secret)
- ketiadaan ustazah nurul zatil aqmar yang sedang menjalani rawatan di kelantan akibat kemalangan yang dihadapinya lebih kurang 2 minggu lepas. semoga ustazah dan putera ustazah cepat sembuh dan boleh kembali bertugas seperti sediakala. kami di sini amat merindui ustazah (walaupun ustazah tak pernah ajar saya)
- masalah kesihatan (again, no comment about this) (just pray that everything gonna be fine)
- masalah hati dan perasaaan yang semakin tak menentu (LOL)
- dan segala masalah yang datang tak kira masa dan tempat.
see , banyak kan masalah? fazliana ni memang suka cari masalah so memang wajarlah kalau dia ada banyak masalah. tapi bila ingat balik semua masalah ni mesti teringat apa yang ustazah pernah cakap dulu (tak ingat ustazah apa tapi ustazah lah)
makin Allah banyak bagi dugaan sebenarnya menandakan Allah semakin rindu nak tengok air mata kita mengalir sebab rindukan Allah. Allah rindu nak dengar luahan hati kita. Allah rindu nak tengok kita bersujud. senang cerita Allah rindu kita. dan setiap insan yang Allah rindu tu tandanya Allah sayang.
yes, aku kena sematkan kata kata tu dalam diri. sepatutnya , makin banyak masalah , makin dekatkan diri dekat Allah. bukan merungut sahaja. tapi , jangan dekatkan diri dekat Allah apabila banyak masalah saja, time tengah gembira pun sebenarnya patut dekatkan diri dekat Allah tanda kesyukuran. lagi lagi time nak dekat exam besar gini , makin kena dekatkan diri dengan Allah lah kan?
tapi kadangkala , aku selalu terpikir kalau aku dekatkan diri dekat Allah pun , adakah dia akan terima 'pendekatan' diri aku tu sebab sejujurnya aku banyak buat salah atas muka bumi ni sampai ada kawan baik sendiri kata 'kita semua memang jahat tapi tak sejahat si nana tu' padahal dia punya kes lagi teruk (okay lupakan hal kawan ni) until one day aku tanya ustazah pasal ni and her answer is
"Allah takpandang dosa apa yang kita dah buat kalau kita dah bertaubat, lagipun Allah takpandang luaran kita tapi Allah pandang hati. Kalau luaran dia nampak teruk tapi hati dia suci ya Rabb , dialah manusia yang masuk syurga dulu tahu? lagi bagus golongan macam ni dari golongan manusia yang luaran seperti malaikat tapi hakitkatnya hm hm.
Allahu, sayang Engkau pada hambaMU. Ya Allah ampunkan segala dosa yang pernah dilakukan olehku. akhir kata, pray for my PT3 yang lebih kurang seminggu je lagi ni yaw ! maafkan segala salah silap diri ini.