Ramadhan Di SMKAP
assalamualaikum bro and sis. harini jumaat then sabtu then ahad then RAYAAAAAA ! walaweh , semua persiapan dah beli? baju raya, kasut raya, tudung/songkok raya? me? hm maybe tonight kot nak jalan jalan cari semua tu. hahahahaha lambat kan? hm well apa boleh buat kan , harini baru balik dari sekolah tercinta gitu hm biasalah form 3 form 5 kena berkorban sikit , takboleh balik rumah selalu. nak exam katekooo.
so , macam mana ramadhan engkorang? yay or nay? ramadhan aku? hm biasa biasa je. tahun ni punya ramadhan antara rasa dengan tak je sebab busy benar pegang buku hais jet jet sungguh cik fazliana ni. tapi itu memang kenyataan. ramadhan tahun ni sangat sangat lah biasa. nak dikira , tahun ni 5 kali je iftar dengan family (termasuk hari ni , esok dan lusa) yang selebihnya iftar with geng. hm sedihkan? tapi nak buat cene bak kata aku tadi , 'kena berkorban sikit'. tapi best apa iftar with geng. seronoknya lahai! walaupun tiap hari makan dalam tray dekat dewan makan asrama tu je tapi tetap rasa gempak kemain! makan sahur pun makan dekat dewan makan tu tau so jiwa ni cam dah sebati gitu dengan makanan dewan makan . LOL. tapi kalau nak diikutkan , tak sampai 5 kali aku sahur dekat dewan makan. hm malasnya kemain babe! selalunya makan biskut takpun roti dekat dorm. hm tapi kalau dah malas sangat aku minum air jelah pastu sambung tidur. hahahahahahahah okay ni snagat teruk okay. kesannya , baru pukul 2 , 3 petang centu dah lapar tahap nauzubillah dah. atas sebab lapar , aku and the gang pun pergilah lepak library hahhaha memang habit kitorang setiap petanglah. bukan aku and the gang je yang pergi , kadang kadang hampir satu batch pergi sebab nak melepak situ. and paling best bila time bulan ramadhan ni hanya girls yang dibenarkan masuk library after solat zohor (thanks to cikgu rukiah) so memang awesome lah kan lepak situ ramai ramai sambil tengok tv. hm selalunya kalau pukul 3 centu kitorang mesti layan cerita temptation of wife yang dekat tv3 tu. aku yang takpernah terpikir nak layan cerita ni pun dah boleh join dorang menangis tengok cerita ni tau and sampai aku kenal lah semua watak dalam cerita ni ahhahhahahaha good job nana , pt3 nak dekat tapi still ada masa nak berjimba hm apa daaa .
dalam pukul 1630 petang gitu kitorang balik asrama and getting ready for iftar. balik je asrama masing masing menuju bilik prep and terus tidur dekat atas lantai bilik prep dengan baju sekolah semua hais kalau sekali tengok memang serupa orang berperang yang mati syahid lah. lagi lagi budak budak meja belakang tu kan pehhh berguling guling kat lantai tu hahahahahahaha funny weh! baring baring situ sampailah azan asar then terus pi solat (kekadang terlewat jugak sebab syok benar tidur) after tu terus siap siap , mandi semua apa and then terus beratur ambik makanan dekat dewan makan sambil tu cuci mata lah kan hahhahahaha nampak dah permainan dia dekat situ. and yang paling kelakar lagi , ada yang bergaduh antara batch sebab nak cop meja bagai. hm okay no comment bout this. lepastu terus pi musolla and bukak puasa ikut sunnah iaitu makan kurma and minum air mineral. then kitorang solat maghrib dulu baru makan nasi semua apa tu.
and apa yang paling tak boleh lupa is terawih with them! alahai syoknya! kadang-kadang ada yang tertidur time terawih or time doa sebab penat. and paling kesian dekat ustazah sebab terpaksa kawal keadaan pelajar puteri yang bising macam mak nenek ni hm asyik 'potpetpotpet' je . mulut tak reti tutup hahahahah.
hm by the way , kalau tahun depan pindah, this year will be the last year to celebrate ramadhan with them. oh my god , rasa sedih gila okay! ramadhan tahun depan mesti tak cukup . mesti ada budak batch yang pindah. sedihnyaaaaa! lepastu mesti dewan makan sunyi sebab batch 99 iaitu batch 'mak nenek tak reti tutup mulut' dah tak cukup ahli. hm mesti rindu nanti :(