ukhwah batch
Assalamualaikum semuanyaaaa hahaha okay jam sekarang saat aku mula menaip is 2.02 pagi bertarikh 15 Jun iaitu hari ahad yang amat dibenci ya. bukan benci sebab apa hm just sebab kena balik syurga a.k.a asrama tercinta hahaha syurga lah sangat kan hm. Okay petang nanti nak balik baru aku nak update kan hm ya Allah ya ampun ketahuilah cik fazliana kita ni seorang yang amat pemalas bakhang. Okay so asrama? Hm ada orang tanya aku
Nana , best tak asrama?
And mestilah aku jawab best kan hm sebab kenyataannya memang best pun walaupun kadang-kadang cam rasa menyampah jugak kan balik asrama. Best sebab jumpa kawan , senior , junior hm buat homework sama sama kan. Tapi hakikatnya ada satu masalah dengan asrama aku ni.
Ukhwah Batch
Okay aku rasa yang lain yang sedang membaca takkan paham kot apa maksud aku hm just budak aspuri je yang paham sebenarnya apa maksud aku ni. Okay apa yang sedang dan akan aku perkatakan ni sebenarnya dari kata kata akak usrah aku sendiri. Time tu aku lepak lepak sekejap dengan dia dekat musolla sambil tunggu azan maghrib. Time tu aku tak ingat kitorang borak apa tapi tiba-tiba terbangkit tajuk pasal ukhwah batch ni. Hm aku tak berapa ingat ayat dia sebab dah kenyataannya fazliana ni memang seorang yang cepat pelupa kan tapi yang pasti ayat dia lebih kurang macamni lah
Hm aspuri ni kan terlampau mementingkan ukhwah sesama batch kan sampai lupa ukhwah dengan batch yang lain.
Lepastu kawan aku yang sorang ni and merupakan rakan usrah aku jugak menyampuk
Hm betul tu kan contoh paling jelas kalau kat DM kan hm nampak je kawan batch tengah ambik nasi terus panggil suruh masuk barisan. Adik adik junior kat belakang tu beratur je dari tadi padahal dorang yang sampai dulu.
Okay time ni aku gelak sikit sebab aku pun buat perkara yang sama hm jujur ni jujur .
Kan? Tapi kadang kadang akak pun buat yang sama hm korang pun kan? Hahahha tapi akak puji betul budak putera hm dorang tak buat pun macam kita , potong potong barisan , tapi ukhwah dorang sesama batch dan dengan batch lain pehhh tiptop kan?
Lepastu terus azan maghrib and kitorang pun stop our conversation dekat situ. Hm bila aku pikir balik kan , betul jugak tau apa yang akak usrah aku tu kata. Hm tapi sejujurnya aku jugak yang buat macamtu dan buat adik adik junior yang lain ikut dan mungkin sebab ni , perkara ni akan berteruasan sampailah sekolah tu roboh kan. Hm.
Tiada niat memerli atau apa apa sahaja jadi sekian~